Minggu 1

Tutorial Minggu 1
















Amali Minggu Pertama

Tajuk
Kata Nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membingcangkan kata nama. Kata nama ialah golongan katya yang terbahagi kepada dua bahagian besar, iaitu kata nama am dan kata nama khas. Laman ini menyenaraikan beberapa contoh kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu.










Tajuk
Kata Nama Khas
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata nama khas. Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara khusus. Contoh yang jelas tentang kata nama khas disertakan dalam laman sesawang ini.


Tajuk
Kata Nama Am
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata nama am. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum. Contoh yang jelas tentang kata nama am disertakan dalam laman sesawang ini.


Tajuk
Kata Adjektif
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata adjektif. Kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. Contoh-contoh kata adjektif juga telah disertakan dalam laman ini.


Tajuk
Kata Sendi Nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata sendi nama. Kata sendi nama ialah satu golongan kata sendi yang memperkenalkan satu frasa kata depan. Beberapa contoh kata sendi nama telah disenaraikan dalam laman ini.


Tajuk
Kata Majmuk
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan tentang kata sendi nama. Kata sendi nama ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Laman sesawang ini memberikan beberapa contoh kata majmuk yang terdapat.


Tajuk
Kata Ganda
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata ganda. Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu. Laman sesawang ini memberikan beberapa contoh kata ganda yang terdapat.


Tajuk
Kata Terbitan
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membingkan kata terbitan. Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima baik awalan,sisipan,akhiran atau apitan. Terdapat beberapa contoh kata terbitan yang disertakan dalam laman sesawang ini.


Tajuk
Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan semantik dan peristilahan bahasa Melayu. emantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Terdapat beberapa maklumat yang lanjut dan mendalam tentang bidang semantic dan peristilahan bahasa Melayu yang diberikan dalam laman sesawang ini.


Tajuk
Morfologi Bahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membingcangkan tentang morfologi bahasa Melayu. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Laman sesawang ini mempunyain huraian yang sangat luas tentang bidang morfologi bahasa Melayu.


Tajuk
Sintaksis Bahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membingcangkan tentang sintaksis bahasa Melayu. Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna. Laman ini mempunyai huraian yang jelas tentang ilmu sintaksis.


Tajuk
Puisi Tradisional Bahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan puisi tradisional bahasa Melayu. Puisi tradisional merupakan warisan bahasa Melayu yang sangat unik. Laqman ini menyenaraikan cirri-ciri dan jenis-jenis puisi yang terdapat dalam bahasa Melayu.


Tajuk
Kata Hubung
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membingcangkan kata hubung. Kata hubung adalah kata yang digunakan untuk menghubungkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal. Contoh tentang kata hubung juga disenaraikan dalam laman sesawang ini.


Tajuk
Kata Hubung Pancangan Keterangan
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata hubungan pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan. Laman ini menyenaraikan beberapa contoh kata hubung pancangan keterangan.


Tajuk
Kata Hubung Pancangan Relatif
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata hubung pancangan relatif. Kata hubung pancangan relatif menghubungkan klausa utama dengan klausa pancangan. Beberapa contoh kata hubung pancangan relatif ada disenaraikan dalam laman sesawang ini.


Tajuk
Kata Hubung Pancangan Komplemen
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata hubung pancangan komplemen. Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. Beberapa contoh kata hubung pancangan komplemen juga disertakan.


Tajuk
Kata Ganda
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata ganda. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Terdapat  juga beberapa contoh kata ganda yang diberikan dalam laman sesawang ini.


Kata Ganda Separa
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata ganda separa. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian kata saja yang digandakan. Laman sesawang ini ada menyertakan beberapa contoh kata ganda separa.


Tajuk
Kata Ganda Penuh
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata ganda penuh. Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi  imbuhan ataupun tidak. Laman sesawang ini ada menyertakan beberapa contoh kata ganda penuh.



Tajuk
Kata Ganda Berentak
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini membincangkan kata ganda berentak. Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Terdapat beberapa contoh kata ganda berentak yang disertakan dalam laman sesawang ini.

Refleksi Minggu 1

             Minggu pertama merupakan minggu pengenalan kepada subjek ini iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3106). Topik untuk minggu pertama ialah Penggunaan Enjin Pencarian Bahan Bahasa Melayu. Terdapat banyak pengetahuan dan kemahiran yang telah saya lalui semasa rakan sekelas saya membentangkan tajuk ini dan melaksanakan tugasan amali minggu pertama ini. Semasa membentangkan tajuk ini, pembentang telah memberikan penerangan berkaitan cara penggunaan web, video, audio, dan imej, cara penggunaan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu, dan cara penyimpanan bahan dalam bentuk fail intenet dan katalog internet.
            Melalyu topik yang dibentankan oleh rakan sekelas saya ini, saya mengetahui bahasa enjin pencari merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat. Ia dicipta bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan. Antara kemahiran yang saya telah pelajari dalam topic Penggunaan Enjin pencarian Bahan Bahasa Melayu adalah seperti bagaimana menggunakan kata kunci dan frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu untuk mengakses ataupun mencari sesuatu bahan pengajaran itu sama ada dalam bentuk web, video, audio dan imej. Sebelum ini saya tidak menyedari bahawa sesuatu bahan yang hendak dicari itu khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan kemahiran yang khusus untuk mencari bahan menggunakan kata kunci dan frasa yang khusus agar bahan itu mudah diakses dan didapati serta lebih tepat. Maka, melalui amali pengajaran dan pembelajaran ini saya telah mempelajari satu kemahiran yang saya tidak sedari selama ini.
            Selain daripada itu, semasa rakan sekelas saya membentangkan tajuk ini, mereka telah memberitahu antara contoh enjian carian yang terdapat, misalnya google.com, msn.com, altavista.com, metacrawler.com dan sebagainya. Dalam minggu ini saya juga telah belajar bagaimana untuk menyimpan bahan yang dicari itu dalam bentuk fail dan juga internet. Melalui amali ini, saya juga telah belajar bagaimana untuk menyimpan bahan yang dicari itu dalam bentuk alamat internet, fail internet, dan katalog internet. Selain itu, saya juga telah belajar untuk lebih mengkhususkan bahan tersebut mengikut kategori dan pengkhususan yang spesifik agar bahan itu mudah untuk digunakan sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran semasa berada di sekolah nanti.

No comments:

Post a Comment